Tuesday, August 26, 2008

kronikologikal

Pergolakan dua kuasa
Yang mahukan pemerintahan
Medannya seketul daging
Di dalam kedaifan tubuhmu

Jiwa kacau memikirkan
Bertemunya dua keperluan
Memilih satu keputusan
Yang mengolah landasanmu

Pergolakan yang berterusan
Menggelegak di dalam jiwa
Adakalanya kau benar
Adakalanya kau salah

Di dalamnya ada perasaan
Yang asal tercipta untukmu
Pabila salah kau rebah
Pabila benar kau bersyukur

Andainya hitam kau sesat
Tidak nampak cahaya yang dihujung
Seperti benda yang kotor
Ianya perlu dibersihkan

Namun tatkala kau lemah
Ingati maksud kau diciptakan
Serahkan segala urusanmu
Kepada yang Maha Berkuasa

Insani, kau lemah, kau daif
Insani, kau tidak mengetahui
Insani, tunduklah, sujudlah
Insani, kau perlukan peringatan

Jangan kau tertipu dengan mainan
Dunia yang terhias dengan seribu kecantikan
Anak isterimu bakal menjadi
Pendakwa terhadap keputusanmu yang lalu

Harta kekayaan yang kau miliki
Tiada manfaat jika hanya memuaskan nafsumu
Awas terhadap usiamu
Kerana tidak dia menjamin keselamatanmu

lirik: (BataraGuru) Langsuyr

No comments: