1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran
3. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin
4. Jangailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu
5. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu
6. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat
7. Sifat menahan kemarahan itu adalah lebih mulia daripada membalas dendam
8. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah
9. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain
10. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya
11. Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya
12. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat
13. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba
14. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa
15. Seorang akan mendapat teladan di atas apa yang ia lihat
16. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar
17. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan
18. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah
19. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya
Saturday, August 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment